Monday, July 8, 2013

SHOUTUL WILDAN @ Darul Qur'an, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum wrht.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya kumpulan nasyid Shoutul Wildan dari SMK Bandar Sungai Buaya mendapat peluang untuk beraksi di pentas sebenar. Pengalaman pertama ini diperoleh menerusi Pertandingan Nasyid sempena Majlis Konvokesyen Darul Qur'an JAKIM. 


Ini ialah Khabir Raziq. Dia bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Khabir memiliki tone suara yang sedap dan pandai bermain percussion. Dia memilih untuk bermain percussion untuk persembahan kali ini.


Ketika tiba di depan Dewan Muktamar. Kami peserta pertama yang tiba. = )


Mengangkat percussion ke dalam dewan.




Undian dibuat seusai pendaftaran. Kami mendapat giliran ke-3.
Tengokla kerusi banyak lagi yang kosong... sempat laa pelajar-pelajar ini
bertenang dulu... 


Ini pula Haziq Salman , Fitri (solo), Syafiq dan Adli Hakimi 


Khabir , Imran dan Abi Zulzikri


Sempat pula bergambar sebelum membuat persembahan.
Di luar dewan, menanti dengan debar...



Haa... ni selepas selesai persembahan. Bergambar dengan ustazah.


Makan time ! 




Semoga pengalaman yang diperoleh dalam pertandingan kali ini dapat membuka minda para pelajar ini untuk menjadi lebih kreatif . Pelbagai persembahan yang dasyat dan menarik sempat ditonton ketika pertandingan ini. Walaupun hanya mendapat tempat sagu hati, kesungguhan dan usaha kumpulan nasyid sekolah ini wajar dihargai. Tahniah untuk semua yang gigih.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment