Tuesday, July 9, 2013

JADUAL WAKTU IMSAN DAN BERBUKA PUASA

Assalamualaikum wrht.

Wah, alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur dan diizinkan Allah untuk merasai nikmat bulan Ramadhan kali ini. Kami kongsikan dengan anda, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan Kuala Lumpur.

Semoga kita dapat mengamalkan sunnah melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka . Jangan lupa makan buah kurma semasa berbuka kerana khasiatnya yang tinggi.

Selamat Berpuasa semua pelajar-pelajar SMKBSB.
Semoga kalian tabah mengejar pahala di bulan Ramadhan ini. 


SEHARI 1 TIPS : BANYAKKAN BERDOA

 Assalamualaikum wrht.

Sempena Program Ramadhan dekat di hati, para guru agama akan berkongsi satu tips setiap hari. Jadi untuk tips yang pertama ialah, Perbanyyakkan doa sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka dan doa yang diajar oleh Rasulullah ialah seperti berikut :-




Selamat menghafal doa ini dan beramal.

Wallahualam.




Monday, July 8, 2013

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI SMKBSB (PROMO)



Jemput tonton video promo ini.

Terima Kasih kepada Nik Mohamed Syakir atas pembikinan video ini.


SHOUTUL WILDAN @ Darul Qur'an, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum wrht.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya kumpulan nasyid Shoutul Wildan dari SMK Bandar Sungai Buaya mendapat peluang untuk beraksi di pentas sebenar. Pengalaman pertama ini diperoleh menerusi Pertandingan Nasyid sempena Majlis Konvokesyen Darul Qur'an JAKIM. 


Ini ialah Khabir Raziq. Dia bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Khabir memiliki tone suara yang sedap dan pandai bermain percussion. Dia memilih untuk bermain percussion untuk persembahan kali ini.


Ketika tiba di depan Dewan Muktamar. Kami peserta pertama yang tiba. = )


Mengangkat percussion ke dalam dewan.




Undian dibuat seusai pendaftaran. Kami mendapat giliran ke-3.
Tengokla kerusi banyak lagi yang kosong... sempat laa pelajar-pelajar ini
bertenang dulu... 


Ini pula Haziq Salman , Fitri (solo), Syafiq dan Adli Hakimi 


Khabir , Imran dan Abi Zulzikri


Sempat pula bergambar sebelum membuat persembahan.
Di luar dewan, menanti dengan debar...



Haa... ni selepas selesai persembahan. Bergambar dengan ustazah.


Makan time ! 




Semoga pengalaman yang diperoleh dalam pertandingan kali ini dapat membuka minda para pelajar ini untuk menjadi lebih kreatif . Pelbagai persembahan yang dasyat dan menarik sempat ditonton ketika pertandingan ini. Walaupun hanya mendapat tempat sagu hati, kesungguhan dan usaha kumpulan nasyid sekolah ini wajar dihargai. Tahniah untuk semua yang gigih.

Wallahualam.

Wednesday, July 3, 2013

RAMADHAN KAREEM !!

Assalamualaikum wrht.

Blog ini diwujudkan untuk berkongsi dengan ANDA tentang aktiviti-aktiviti yang akan, sedang dan telah berlangsung di SMK Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.

Blog ini akan dikendalikan oleh JK Dokumentasi dan Multimedia sekolah ini dengan kerjasama CRTV SMKBSB secara separa formal.

Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, kami mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua yang singgah di sini.


Semoga Allah panjangkan umur kita sehingga sempat beramal di bulan Ramadhan kali ini.